Saturday, March 5, 2011

"AKU MASIH DARA,Kau?MASIH Boleh Berubah...PINTU Taubat Masih Terbuka..



Salam.
Sememangnya hidup ini memang penuh dengan hiasan dunia tetapi bukan semua hiasan mampu mempertahankan nilai mutunya di akhirat kelak. Begitulah perumpamaan Wanita di dunia ini.Wanita adalah hiasan Dunia seindah hiasan Wanita dan anak-anak solehah.Kisah bakal LBS kongsikan ini memang betul-betul menyentuh hati LBS.

Seorang gadis Free Hair berniat untuk berubah,mula menjinakkan dirinya dalam aktiviti keagamaan.Walaupun tidak pernah berjumpa,  LBS seolah-olah dapat merasakan keikhlasannya itu.LBS sememangnya tidak layak membimbing dia sebab LBS sendiri dalam proses nak baiki diri dan pertingkatkan ilmu Agama.Apa yang LBS mampu bantu hanyalah sekadar berkongsi ILMU. 
Hidayah Boleh diterima dimana-mana...Hanya Kita Memohon padaNYA
Sememangnya LELAKI tidak dihalang untuk berdakwah dengan Gadis Bukan Muhrim tapi Syaratnya Si Gadis Mesti Ada Muhrim nya .senang citer kalau ikut matematik ratio nya Seorang Lelaki Bersamaan Dua Orang Perempuan.Tapi bukan bermakna Si Lelaki Perlu kahwin DUA…Jangan Salah Faham Pula..maksudnya disini,bila menuntut ilmu dalam keadaan berjumpa,si Gadis Perlu berteman,Bukan BERDUA-DUAAN dengan Si Lelaki.Seriously,bukan senang nak jumpa Gadis yang ingin berubah mcm dia ni…Bukan Maksud LBS perempuan kat luar sana xnak berubah…Mungkin LBS sendiri tak tau..Mungkin Ramai… 
Peranan Kaum Adam, membimbing kaum Hawa
Cuma special dia ni,Dia Bersungguh-sungguh dan bergerak perlahan-lahan.X gelojoh nk berubah,,kena ingat Kalau Berubah secara Drastik,Jatuh pun Drastik..Tapi apapun,LBS doakan semoga dia tabah sbb pelbagai dugaan Bakal Menyusul selepas ini sbb Allah Amat menyayangi Hambanya dengan memberi Dugaan kepada hambanya dan Kemudian Hambanya itu dapat balasan yang amat baik atas kesabaran dan Ketabahan hambanya itu semasa menempuh dugaan tersebut.  Sebab itu banyak kali LBS tegaskan bahawa tidak semestinya Gadis free hair diluar sana yang berpakaian seksi ,or berpakaian “Kurang” or even Tiada Dara, itu jahat.Manusia dicipta dimuka bumi ini adalah sebagai seorang Khalifah,tugasnya membimbing especially Kaum Adam.
Masa untuk Berubah,Sahabatku..
Siapa lagi nak bantu mereka kalau kita yang sedar tentang Kepentingan Akhirat ni.Kalau asyik nak duk mengata kutuk sana kutuk sini,sampai bila-bila masyarakat kita tidak akan berubah. LBS pun bukan lah baik sangat,LBS sendiri tidak terlepas melakukan kesilapan tapi Manusia yang lain berhak menegur LBS dan mengingatkan LBS jika melakukan kesilapan. Sesuatu masalah itu haruslah diselesaikan dengan berbincang dan memberi pendapat.Bukan Menolak setiap apa yang orang lain cakap tanpa mengambil sesuatu yang baik daripadanya.  Honestly, Memang sukar untuk menerima teguran orang, tapi cara kita nak menerimanya senang je,kita duduk sorang-sorang kenangkan balik teguran orang itu terhadap diri kita,dan bermuhasabah diri,,Dalam Bermuhasabah diri cuba buang sikap ego kita.
Antara dugaannya,Mula Hilang Rakan Baik.....
Kadang kala sikap ego itu sendiri membuatkan diri kita ini susah nak berubah.Apa yang LBS cakap kan ini LBS turut mengingatkan Diri LBS..LBS teringat sebuah filem bertajuk “Aku Masih Dara”..tengok filem tu pun dh cukup memberi gambaran kepada kita semua bahwa Gadis Seksi(sofia)lakonan Raja Farah,boleh berubah dengan sekelip mata.
Itu Semua Dinamakan Hidayah Allah.KebesaranNYA tiada boleh ditandingi kerna Allah Maha Berkuasa.
Anak yang SOLEH DAN SOLEHAH sentiasa mendoakan Kebahagiaan dan Kesejahteraan Ibubapa Mereka:)
Bersambung kowt..=)
Segala KEBAIKAN Datang Dari Allah,Segala KEBURUKAN datang dari Diri saya sendiri.
Wasslam.

Friday, March 4, 2011

"Itulah first and last saya pegang DIA Punya........"

Sememangnya Cinta Manusia jika tidak seiring dengan Cinta Ilahi ianya boleh membawa kemudaratan....

Salam.Kali ni LBS nak kongsi serba sedikit Kisah Seorang Pemuda yang mempunyai pengalaman bercinta dan kisah Hidupnya yang pernah merasa sejauh mana “sedapnya Maksiat” itu dan kini dia menjadi Hamba Allah yang sangat humble dan berbudi bahasa jauh beza dengan character dia semasa dia berada di “Zaman Jahiliyahnya”..Itulah yang dinamakan hidayah Allah swt.....huhu...
Lelaki yg ditemubual oleh LBS ini dikenali sebagai Zahrul(Zah)..Apa yang bakal LBS ceritakan ini,LBS akan copy bulat-bulat apa yang dia ceritakan kepada LBS.Kisahnya bermula begini....
Pemuda itu menceritakan kisah silamnya pada LBS
“Kalau anda lihat saya di gambar sekolah,memang muka saya sangat gelap,saya merasakan memang saya banyak dosa sebab tu muka saya gelap...memang kamu terkejut kalau melihatnya...kisah cinta saya bermula ketika saya berusia 17 tahun..masa tu saya form 5,,saya terpikat dengan seorang gadis yang sangat baik dan comel dimata saya...Mula saya terfikir macam mana nak usha dia ni..tp sebelum tu saya nak cerita yang saya sangat Jahat sehinggakan saya create account “MYSPACE” semata-semata ingin menFITNAH rakan-rakan saya disekolah dengan harapan dapat mewujudkan kekecohan dan suasana “HOT” dalam kalangan mereka.Berbalik pada gadis yang saya minat tu,anda tau x saya merasakan terlalu senang untuk mengambil hatinya dengan hanya meminta nonbor telefonnya dan mengayat masa bermesej dengannya.Akhirnya saya berjaya,,,hehehe,,then kami mengaturkan date kami yang pertama iaitu pada hari dan tarikh sekian sekian sekian..
Masa first day kami dating,kami meluahkan perasaan masing-masing...masa tu anda akan merasakan diri anda bagaikan berada di syurga bertemankan bidadari.Sejak dari itu kami kerap berjumpa..bila Mak tanya nak pergi mana,cakap pergi belajar Matematik kat rumah kawan.Berbohong pada ibu semata-semata ingin berjumpa dengan perempuan itu sendiri.Ya Allah....(penceritaan terberhenti seketika kerana Zah sebak mengenangkan dosa yang ditanggung olehnya ketika itu iaitu sanggup menipu Ibunya hanya kerana ingin memiliki cinta seorang PEREMPUAN)..hurm...Suatu Hari,kami berDating di sebuah Taman yg bertasik ...taman itu memang sunyi jugak lah...masa tu kami berdua duduk rapat-rapat..habis semua ayat-ayat berbunga keluar dari mulut kami memuja antara satu sama lain..”Si Gadis mula letakkan kepalanya di bahu saya”..Maka bermula lah “Suntikan Nafsu” oleh syaitan laknatullah....Si Gadis menarik tangan Saya untuk memegang pinggangnya...mulai dari itu saya sudah berani “memegang” bahagian2 yang sensitif...masa-masa Indah dalam kamus Neraka itu terus berlalu dan Nafsu menjadi controller hidup...Asal saja kami berdating pekara wajib adalah Kissing....Di sini Zah sukar menahan sebaknya apabila mengenangkan Dosa yang dilakukannya takut2 tidak di ampun oleh Tuhan...
NAMUN, berlakulah satu peristiwa yang menjadi titik permulaan perubahan itu berlaku dimana Zah ternampak Si Gadisnya membonceng bersama lelaki lain..
Perasaan sayang yang dilaburkan dengan harapan setiap “Nikmat-Nikmat” yang dirasai bersama itu berderai sama sekali....Zah terus menjadi Trauma campur bingung kerna merasakan dirinya begitu mudah dipermainkan...Bila ditanya mengapa beliau trauma,sukar untuk beliau jelaskan erti trauma itu...Bg LBS,mungkin beliau trauma dengan perilakunya terhadap gadis itu...tp disini LBS berasa kecewa dengan sikap gadis itu kerna si gadis itu tidak mempunyai rasa malu atau terasa maruah tergadai sekalipun Zah dan Si Gadis tidak pernah lebih dari “Pegang2”...Sudah di jelaskan dalam Surah An-Nur Ayat 30-31 tentang pentingnya Perempuan menjaga maruah mereka..Hidup Zah menjadi tidak tentu hala...dirinya penuh dengan kecelaruan....sehinggakan dia pernah berniat untuk membunuh diri...Satu per satu petunjuk yang Allah berikan kepada Zah salah satunya Result SPMnya sangat teruk,kemudian result STPMnya tidak melepasi untuk mengambil Degree...Dia merasakan dirinya sudah banyak diduga sehinggakan Zah memohon keampunan pada Allah dengan mengerjakan Solat Sunat Hajat di setiap sebelum atau selepas solat fardhu...sepatutnya sekali atau dua tetapi Petunjuk dan Hidayah yang Allah berikan kepada sudah cukup jelas baginya bahwa Dunia ini penuh dengan Kepura-puraan dan Pinjaman semata2...Sejak Dari itu,perwatakannya yang suka mendengki Orang,Busuk hati,bernafsu tinggi berubah menjadi seorang yang sangat humble,peramah,senang didekati dan Sentiasa berfikiran Positif...
ITULAH DINAMAKAN HIDAYAH ALLAH...DIA BERKEHENDAK UNTUK MEMBERIKANNYA PADA MANA-MANA HAMBANYA KERNA HIDAYAH ITU MILIKNYA..

[272]
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi
 Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Surah Al.Baqarah

Sunday, January 23, 2011

Saya agak Kagum dengan DIA =)

berTUDUNG?  x halang saya untuk bersukan k!

Salam dan Selamat malam.....hehehe...kali aku nk menulis tentang seseorang yang aku agak kagum ngan niat dan cita nya ....Ingat! Kagum x semestinya aku jatuh hati...Dia sendiri pown minat kat seseorang yg aku sendiri mmg x kenal...hahaha....Actually, nama pendek dia Asill...apa yg aku nk cakap pasal dia ni,memang buatkan aku cukup kagum ngan cita nya dan nawaitunya...nk tau pe?Sebelum tu aku citer serba sedikit character dia,,dia free Hair,,tp di kolej dia bertudung..mcam mana aku knal dia korang x perlu tau..sbb xdek kena mngena ngan topic ni..hehehe..
Berbalik pada topic kita....dia ada luahkan niat ikhlasnya dari sudut hati yang suci yang dia nak sangat pakai tudung tnpa bukak2...sblum ni dia mmg x brtudung,sejak dia masuk Kolej dia latihkan dirinya utk bertudung,,,tp dia ada minta pendapat aku mcm mana nk maintain bertudung sbb kalau dia balik then hang out ngan rakannya dia x brtudung...aku x sempat nk tnya dia nape dia x brtudung mse tu...adakah dia takut di senda oleh rakannya itu? X kan kot..mungkin dia x ready lg..
Dia sedar sbnarnya nk pakai tudung ni x bleh kata x ready lg sbb pakai tudung dan menutup Aurat satu kewajipan...terang2 dlam Al-Quran, Allah swt dh perintahkan menutup aurat...
Apa yang aku mula kagum dia kata dia akan mencuba dan terus berdoa agar diberi kekuatan untuk lakukannya...Naik bulu roma aku dengar...masa tu hati aku sejuk betul...kalau hati aku dah sejuk parents dia lagi lah sejuk...
CANTIKKAN SAYA?








Aku rasa laki yg dia minat tu mmg baik so mendorong dia untuk lakukan perubahan...bak kata satu lagu ni i never had come true until i find u...hahahaa....(xdek kena mengena pown)...
KESIMPULANNYA, kita jangan pandang perempuan yang x pakai tudung tu x baik..barangkali mereka juga berdoa agar mereka dpt pakai tudung dan menutup aurat...Sbb tu LBS sarankan kita kurangkan mengata dan banyakkan berdoa...Kalau yg bertudung mengata yg x bertudung serupa dia juga x bertudung yg x tau berdoa hanya tau mengata..Bila orang nk berubah kita kena support...tp masyarakat kita sekarang ni bila Seseorang nk berubah suka bg tanggapan buruk dan mempersendakan dia...INGAT!!!! pada akhir zaman ni makin orang nk berubah kita pown patut ikut sama...tp berubah pada Kebaikkan,,jgan pulak berubah ke arah kejahatan...

YANG MAHA MULIA dan MAHA KEBAIKAN hanyalah UNTUK ALLAH SWT,
YANG HINA ,JAHIL dan Segala KEBURUKAN datangnya dari DIRI KU ini..
Wsalam~
J.LO bertudung?hehehe..Fashion Semata2..

LBS

LAHIRNYA SEORANG LAGENDA ... (xyah lagenda sangat lah..hehe...)

Semulajadinya saya memang seorang yg skema.Apa-apa benda saya buat mesti tidak mempunyai kreativiti langsung,semua nak ikut Skema.Boleh kata LURUS jugak lah...nk kata lurus pun xlah lurus sangat..Tulis mcg pown suka guna ayat panjang.Tp x semestinya sy x pandai guna ayat pendek2 or sempoi...hehehe...Antara agenda dalam hidup saya,saya cuba pratikkan dalam diri saya “KURANGKAN MENGATA, BANYAKKAN BERDOA”
Kalau nak katakan “TIDAK KEPADA MENGATA” mmg tipu lah..Even orang bagi ceramah motivasi pown(x semua) x terlepas daripada mengata orang..sebagai contoh “bla..bla...bla..bla...kamu mahu jadi macam si Fulan si Fulan ke?!...jangan kamu mendekati mereka..bla...bla...bla...”  bla..bla..last2 turun bala sbb bnyak sangat mengata orang...bahaya tu..INGAT! PADA ZAMAN SEKARANG NI,TUHAN BAYAR “CASH”...ESOK KITA KATA ORANG TU,KITA KENA BALIK...tp kena faham kalau KITA kena SOUND sbb sikap kita teruk tu bukan MENGATA tp NASIHAT...kadang2 kita kena renung semula knapa orang SOUND kita...kalau SOUND tnpa sebab itu maknanya mengundang pergaduhan tp kalau kita SOUND ada sbb kita kena tgk balik DIRI kita ni...sejauh mana kita melakukan kebaikan...Orang yang nk SOUND tu pown kena menggunakan nada yg “HUMBLE”.... nk nasihat orang perlu sama kan taraf kita dengan orang yg kita nak nasihat...=)
Ok! Let straight to our main topic..dengan lahirnya LAGENDA BUDAK SKEMA,beliau(ceh!beliau2 plak)akan mencoret kisah suka dukanya dan melukis pendapat yg x seberapa bernas tp amat bermakna bg dirinya.
LET’S BEGIN~~~~....

LBS