Friday, March 4, 2011

"Itulah first and last saya pegang DIA Punya........"

Sememangnya Cinta Manusia jika tidak seiring dengan Cinta Ilahi ianya boleh membawa kemudaratan....

Salam.Kali ni LBS nak kongsi serba sedikit Kisah Seorang Pemuda yang mempunyai pengalaman bercinta dan kisah Hidupnya yang pernah merasa sejauh mana “sedapnya Maksiat” itu dan kini dia menjadi Hamba Allah yang sangat humble dan berbudi bahasa jauh beza dengan character dia semasa dia berada di “Zaman Jahiliyahnya”..Itulah yang dinamakan hidayah Allah swt.....huhu...
Lelaki yg ditemubual oleh LBS ini dikenali sebagai Zahrul(Zah)..Apa yang bakal LBS ceritakan ini,LBS akan copy bulat-bulat apa yang dia ceritakan kepada LBS.Kisahnya bermula begini....
Pemuda itu menceritakan kisah silamnya pada LBS
“Kalau anda lihat saya di gambar sekolah,memang muka saya sangat gelap,saya merasakan memang saya banyak dosa sebab tu muka saya gelap...memang kamu terkejut kalau melihatnya...kisah cinta saya bermula ketika saya berusia 17 tahun..masa tu saya form 5,,saya terpikat dengan seorang gadis yang sangat baik dan comel dimata saya...Mula saya terfikir macam mana nak usha dia ni..tp sebelum tu saya nak cerita yang saya sangat Jahat sehinggakan saya create account “MYSPACE” semata-semata ingin menFITNAH rakan-rakan saya disekolah dengan harapan dapat mewujudkan kekecohan dan suasana “HOT” dalam kalangan mereka.Berbalik pada gadis yang saya minat tu,anda tau x saya merasakan terlalu senang untuk mengambil hatinya dengan hanya meminta nonbor telefonnya dan mengayat masa bermesej dengannya.Akhirnya saya berjaya,,,hehehe,,then kami mengaturkan date kami yang pertama iaitu pada hari dan tarikh sekian sekian sekian..
Masa first day kami dating,kami meluahkan perasaan masing-masing...masa tu anda akan merasakan diri anda bagaikan berada di syurga bertemankan bidadari.Sejak dari itu kami kerap berjumpa..bila Mak tanya nak pergi mana,cakap pergi belajar Matematik kat rumah kawan.Berbohong pada ibu semata-semata ingin berjumpa dengan perempuan itu sendiri.Ya Allah....(penceritaan terberhenti seketika kerana Zah sebak mengenangkan dosa yang ditanggung olehnya ketika itu iaitu sanggup menipu Ibunya hanya kerana ingin memiliki cinta seorang PEREMPUAN)..hurm...Suatu Hari,kami berDating di sebuah Taman yg bertasik ...taman itu memang sunyi jugak lah...masa tu kami berdua duduk rapat-rapat..habis semua ayat-ayat berbunga keluar dari mulut kami memuja antara satu sama lain..”Si Gadis mula letakkan kepalanya di bahu saya”..Maka bermula lah “Suntikan Nafsu” oleh syaitan laknatullah....Si Gadis menarik tangan Saya untuk memegang pinggangnya...mulai dari itu saya sudah berani “memegang” bahagian2 yang sensitif...masa-masa Indah dalam kamus Neraka itu terus berlalu dan Nafsu menjadi controller hidup...Asal saja kami berdating pekara wajib adalah Kissing....Di sini Zah sukar menahan sebaknya apabila mengenangkan Dosa yang dilakukannya takut2 tidak di ampun oleh Tuhan...
NAMUN, berlakulah satu peristiwa yang menjadi titik permulaan perubahan itu berlaku dimana Zah ternampak Si Gadisnya membonceng bersama lelaki lain..
Perasaan sayang yang dilaburkan dengan harapan setiap “Nikmat-Nikmat” yang dirasai bersama itu berderai sama sekali....Zah terus menjadi Trauma campur bingung kerna merasakan dirinya begitu mudah dipermainkan...Bila ditanya mengapa beliau trauma,sukar untuk beliau jelaskan erti trauma itu...Bg LBS,mungkin beliau trauma dengan perilakunya terhadap gadis itu...tp disini LBS berasa kecewa dengan sikap gadis itu kerna si gadis itu tidak mempunyai rasa malu atau terasa maruah tergadai sekalipun Zah dan Si Gadis tidak pernah lebih dari “Pegang2”...Sudah di jelaskan dalam Surah An-Nur Ayat 30-31 tentang pentingnya Perempuan menjaga maruah mereka..Hidup Zah menjadi tidak tentu hala...dirinya penuh dengan kecelaruan....sehinggakan dia pernah berniat untuk membunuh diri...Satu per satu petunjuk yang Allah berikan kepada Zah salah satunya Result SPMnya sangat teruk,kemudian result STPMnya tidak melepasi untuk mengambil Degree...Dia merasakan dirinya sudah banyak diduga sehinggakan Zah memohon keampunan pada Allah dengan mengerjakan Solat Sunat Hajat di setiap sebelum atau selepas solat fardhu...sepatutnya sekali atau dua tetapi Petunjuk dan Hidayah yang Allah berikan kepada sudah cukup jelas baginya bahwa Dunia ini penuh dengan Kepura-puraan dan Pinjaman semata2...Sejak Dari itu,perwatakannya yang suka mendengki Orang,Busuk hati,bernafsu tinggi berubah menjadi seorang yang sangat humble,peramah,senang didekati dan Sentiasa berfikiran Positif...
ITULAH DINAMAKAN HIDAYAH ALLAH...DIA BERKEHENDAK UNTUK MEMBERIKANNYA PADA MANA-MANA HAMBANYA KERNA HIDAYAH ITU MILIKNYA..

[272]
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi
 Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Surah Al.Baqarah

No comments:

Post a Comment